Bengkel MIV Bersama Komuniti 2020

6 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 5 September 2020 telah diadakan Bengkel Malaysian ICT Volunteer (MIV) bersama Komuniti . Bengkel ini telah diadakan secara serentak seluruh negeri yang melibatkan kesemua Pusat Internet (PI) sebanyak 873 buah PI. Bengkel ini diadakan untuk menyokong “Kempen Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong”. Kempen ini adalah kesinambungan dari usaha MCMC untuk memerangi berita palsu dan mempromosikan nilai-nilai murni mengikut prinsip Rukun Negara. Sukarelawan MIV akan diberi tugasan untuk mendidik, mempromosikan dan berkongsi mesej utama kepada komuniti masing-masing termasuk ketua penduduk/komuniti. Oleh kerana pandemik Covid-19 baru-baru ini, program MIV dengan Komuniti 2020 akan disesuaikan dengan norma baru untuk memastikan kesejahteraan semua sukarelawan dan komuniti. Sesi taklimat daripada MCMC kepada para sukarelawan telah diadakan secara atas talian iaitu Bengkel Dalam Talian ("Bengkel MIV bersama Komuniti 2020") dan pemantauan ("Sembang Santai MIV bersama Komuniti 2020") akan diadakan dari setiap PI masing-masing.

Tempoh tugasan MIV adalah selama 8 minggu bermula 6 September 2020 hingga 2 November 2020, mereka diberi tugas menyebarkan mesej melalui medium/platform secara atas talian iaitu melalui media sosial. Walau bagaimanapun, ia juga akan merangkumi sesi perkongsian mesej advokasi offline dengan mengikut SOP KKM yang telah ditetapkan. Peranan terperinci lebih lanjut dari sukarelawan MIV adalah untuk mempromosikan nilai positif yang harus diamalkan oleh pengguna internet seperti “Bercakap Benar","Bijak Menilai", “Beringat bila Bercakap" dan fokus pada kesan berita palsu kepada masyarakat.

Bengkel ini bermula pada jam 10 pagi hingga 1 tengahari di PI Kg.Kubu Gajah. Peserta yang hadir terdiri daripada 2 orang sukarelawan dan kedua-dua staf PI terlibat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali